Jangan Menyerah

Sabtu, 27 Ogos 2016

MIMPI

 MIMPI OH MIMPI. 
ADAKAH ITU HANYA PERMAINAN TIDUR? 
AKU PUN TAK YAKIN SAMA ADA ITU PERMAINAN TIDUR ATAU BUKAN.

It's Just A Dream
Sejak menjak ini, aku selalu bermimpi. Kadang-kadang mimpi hal yang lebih kurang sama. Memanglah ada orang kata, mimpi ni hanya sebagai permainan tidur jer. Ada sesetengah orang percaya akan tafsir mimpi yang mereka mimpi dan ada yang tak percaya langsung pun tentang mimpi. Aku ni nak kata percaya, aku kurang percaya..nak kata tak percaya, aku percaya. So, aku ni boleh dikatakan duduk di tengah-tengah antara percaya dan tak percaya.


It's Just A Nightmare. Don't Worry.

Kadang-kadang terbangun daripada mimpi tu. Kadang-kadang takut nak sambung tidur sebab tak nak mimpi hal yang sama. Kalau boleh nak mimpi yang indah jer macam dalam dunia fantasi gitu. Kadang-kadang tak boleh nak lelapkan mata sebab terfikirkan makna yang tersirat disebalik mimpi tu. Adakah mimpi tu membawa petanda yang baik atau buruk? Semua itu terserah padaNya.

Sebenarnya mimpi ni ada 3 jenis saya rasa. Pertama, mimpi itu hanya satu permainan tidur (untuk menghiburkan minda kita yang tengah letih). Kedua, mimpi itu mainan syaitan (mimpi perkara buruk sepanjang kita tidur). Ketiga, mimpi ini daripada kuasa Tuhan (dimana ia akan membawa petanda).

Sebaik-baiknya, kita jangan terlalu percaya akan apa yang kita mimpi. Tak semua akan menjadi kenyataan. Kalau kita cari tafsir mimpi di internet sekalipun, kita tak boleh percaya kerana ianya bukannya 100% betul, tepat dan jelas. Ajal, maut dan takdir, semua itu berada di tanganNya. Kita sebagai hambanya, hanya boleh berdoa dan menjalankan segala perintahNya.

p/s : Andai aku silap, tolong tegur secara terbuka dan rasional. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel di blog ini.

Twitter : @AWellimina



Khamis, 25 Ogos 2016

Jom Kongsi Ayat Power Korang. ( Baca dulu isinya )

 PROMOTE KEJAP. SAYA BUDAK BARU BELAJAR. JOM SUPPORT.


ADA AYAT POWER NAK KONGSI? JOM HASHTAG #Alezriclez DEKAT TWITTER.

DENGAN IZINNYA, AKU AKAN LIKE DAN RETWEET AYAT POWER KORANG TU.

TAKKAN KETINGGALAN PUNYA LAH.

SIAPA KAKI RETWEET, JOM RETWEET SAMPAI JARI TU PENAT.

BTW, DON'T FORGET TO FOLLOW MY TWITTER ( @AWellimina )


*** AKU PUN ADA AYAT POWER/MOTIVASI NAK SHARE DENGAN KORANG ***

 ** JANGAN PENDAM ISPIRASI KORANG TU. JOM SAMA2 LUAHKAN INSPIRASI TU **


Saja Mengadu


 NAK MENGADU KAT SINI PUN BOLEHLAH DARIPADA TAK ADA.

Hari ini, aku tak online whatapps, facebook, wechat, instagram dan twitter. Bukan apa, Hp rosak daa... Nasib baik ada blog ni untuk aku meluahkan rasa bosan. Aku tak online dimana hari ini result rayuan upu keluar. Baguslah kan? Memang banyaklah notification yang masuk berdesuk nanti. Hang lah hp aku. Nanti kawan2 aku lain ingat aku menghindarkan diri daripada diorang pula sebab tak online. Call pun tak dapat. Memanglah sebab sim kad aku dah keluarkan dari hp. Tapi lagi ok kan kalau tak online sekali sekala. Nanti banyak pula paparazi yang tanya. Opps? Paparazi? Hurm, bukan nak menunjuk. Aku bosanlah bila ada kawan sendiri sibuk dok cari cerita tentang kelemahan dan kelebihan hidup aku yang tak seberapa ni. Kemudian story kat orang lain. Tolong jaga tepi kain sendiri sudahlah. Diorang ni boleh digelar paparazi juga kan? Hehehe. Bukan mudah nak jaga hati orang ni. Kalau kita asyik jaga hati orang, hati kita siapa nak jaga? Akhir kata, aku minta maaf sebab tak online n reply semua chat korang ( kawan2 ). Kalau hp aku dah dibaiki, aku akan kembali merancakkan chat korang.

P/S : ADA AYAT POWER NAK KONGSI? JOM HASHTAG #Alezriclez DEKAT TWITTER. DENGAN IZINNYA, AKU AKAN LIKE DAN RETWEET AYAT POWER KORANG TU. TAKKAN KETINGGALAN PUNYA LAH. SIAPA KAKI RETWEET, JOM RETWEET SAMPAI JARI TU PENAT. BTW, FOLLOW MY TWITTER ( @AWellimina )


Selasa, 17 Mei 2016

KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI TUHAN YANG MENENTUKANNYA.

 KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI TUHAN YANG MENENTUKANNYA.


  

Terkilan rasanya jika apa yang kita hajatkan tidak kesampaian dan apa yang kita inginkan tak sama seperti kita hajatkan. Itulah yang orang kata, KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI TUHAN YANG MENENTUKANNYA. Walaupun perkara yang kita hajati tidak kesampaian, tidak semestinya hajat kita terhenti di situ saja. Percayalah bahawa Tuhan telah merancang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita hajatkan sebelum ini. Cuma waktu itu yang belum tiba. Kena banyak bersabar.


Khamis, 17 Mac 2016

Kisah Kita Versi Tom & Jerry

Seperti yang kita tahu, Tom & Jerry ni suka bergaduh. Kadang-kadang bermusuh..kadang- kadang berkawan. Macam itu juga kisah kita.

Kalau Tom tak ada, Jerry akan cari Tom sebab rindu nak mencari pasal dan kenakan Tom. Kalau Jerry pula tak ada, Tom akan rasa sunyi sepi tanpa Jerry dan Tom akan tunggu Jerry muncul.

Nampak tak? Kita ni sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Saya perlukan awak untuk mewarnai kehidupan saya.

Saya tak nak kita jadi seperti Tom & Jerry yang selalu bergaduh. Tapi saya nak kita jadi seperti Tom & Jerry yang suka bergurau senda.

Cerita kartun Tom & Jerry mengajar kita erti SALING MEMERLUKAN. Bukan SALING BERMUSUHAN.

Kisah Antara Kita

#1

Aku tak puas hati kalau aku belum TUNDUKKAN PLAYBOY ITU. Aku ni bukan jenis orang yang dia boleh jadikan sebagai EKSPERIMEN CINTA sesuka hati dia. Aku tak nak jadikan PLAYBOY ITU SUAMI KU. Faham? BUKAN KERANA AKU TAK CINTA, tapi aku tak nak bila dah MARRIED TAPI BENCI.

#2

Bila saya bersedia nanti, saya janji bahawa ini akan menjadi AKAD KU YANG TERAKHIR. Awak akan jadi milik saya. Saya akan bimbing awak untuk mencorakkan kisah kita SEINDAH TAKDIR CINTA.

#3

HELLO MR. PERFECT. Saya tak kisah kalau nama dia ARIANA ROSE ke DHIA SOFEA. Yang saya tahu, mereka ni dah jadi kisah silam awak. Awak nak tahu tak? PLAN CINTA TAK JADI disebabkan mereka. Saya cuma nak awak tahu KU CINTAKAN KAU SEORANG.

P/S : Dipetik daripada nama drama dan novel. ( BOLD )

Kisah Cinta Kita ( Cerita Pendek )

Ini kisah KAU AKU KITA. Masa tu kita sama-sama TERSUKA TANPA SENGAJA. Tapi, kita pendam sebab malu nak luahkan. Ingat tak mula-mula kita berkenalan? Mula-mula saya ingat, awak ni lembut macam sotong. Saya mula berangan tak nak bakal SUAMI KU ENCIK SOTONG. Awak selalu stalk saya bila saya keluar, saya pun selalu stalk awak dekat luar rumah. Terkejut saya bila ABANG SADO JEMUR KAIN. Rupa-rupanya abang sado itu awak. Bila saya lalu depan rumah awak sambil bawa bunga, awak panggil saya ni CIK BUNGA & ENCIK SOMBONG gelaran saya bagi kat awak sebab awak tak nak tegur walaupun kita ni berjiran sebelah jer. Hati saya berkata "Sekadar hello bisa membuat ku gamam. Dengan senyuman, aku bagai dikayangan" ( lirik lagu #mungkinsaja ). Tapi dalam hati awak pula berkata " Baby i love you. Dalam hatiku. Dapatkah ku luah padamu?" ( lirik lagu #ceritakita ). Akhirnya kita sama-sama beranikan diri untuk berkenalan dari awal dan meluahkan perasaan masing-masing. Then, bermulalah #ceritakita .#mungkinsaja kita ada JODOH.
 
* sekadar hiburan * - Tamat -

P/s : Main petik jer tajuk lagu n nama drama lakonan @aamyrarosli n @jannanick untuk jadikan sebuah kisah. Y(^_^)Y

Rabu, 2 Mac 2016

Fuh! Dah Dapat Pun Keputusan Peperiksaan. (UPSR/PT3/SPM/STAM/STPM)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KU ???

Hah, mesti nervous kan bila nak ambil keputusan peperiksaan. Gila tak nervous. Kita semua tekun gila kot masa kita tengah jawab exam. Semua idea atau ilmu yang kita ada kita coretkan atas kertas peperiksaan. Kalau tak tahu nak jawab apa, main bedal jer jawapan. Tapi kadang-kadang, kalau kita bedal pun betul juga. Perasan tak ? Lebih-lebih lagi kalau soalan objektif yang ada kertas OMR. Nak kejar masa punya hal.

Bila dah dapat keputusan, firstly..apa perasaan korang? Gembira? Sedih? Ke tak tau nak gambarkan macam mana perasaan tu bila keputusan berada di tangan kita? Tahniah kalau korang dapat keputusan cemerlang. Tahniah juga kepada korang sebab dah berusaha untuk mendapat keputusan yang bagus. Jap, apa? Keputusan korang tak bagus? Dah..dah..jangan sedih kalau keputusan yang kita dapat tak seperti yang kita target. Meyh sini, Lez nak kongsi 1 nasihat. Semoga bermanfaat.

Bersyukurlah dengan keputusan yang kita perolehi. At least kita dah berusaha. Memang takat itu sahaja yang kita mampu lakukan. Tuhan telah aturkan yang terbaik untuk diri kita dan masa depan kita kerana Dia lebih mengetahui kemampuan diri kita. Kalau itu yang terbaik untuk kita, tolong terima kenyataannya. Jangan berhenti untuk berusaha lagi. Kita masih ada banyak masa dan peluang untuk terus berusaha mengejar cita-cita.

Lez pun baru dapat tahu keputusan keseluruhan STPM 2015 tengah hari tadi. Nak tahu keputusan STPM Lez ? Hurm. Begini ceritanya. Lez bersyukur dengan keputusan STPM yang Lez perolehi. Walaupun Lez ni dulu pernah target untuk dapatkan 3 pointer, tidak lepaslah pula. Hehe. Sikit lagi. Target dapat 4 flat? Memang tak terfikir pun nak dapat 4 pointer sebab Lez tahu kemampuan Lez.

Tapi tak apa. Mungkin bukan rezeki Lez sebab Lez percaya, apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat 100%. Lez hanya memperoleh 2.5 pointer ke atas. So, pandai-pandailah korang agak keputusan STPM Lez. Hihi. Walaupun dapat keputusan macam tu, itu bukan penghalang bagi Lez meneruskan perjalanan untuk mencapai cita-cita. Ok? DON'T GIVE UP. Sampai disini jerlah citer kita.

P/S :  korang tak boleh hentikan langkah untuk terus berjaya kerana masa depan korang bergantung pada langkah perjalanan yang korang pilih.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Selasa, 1 Mac 2016

Kenangan Pra-U BM1 (2014/2015)

KENANGAN KU BERSAMA KELUARGA PRA-U JURUSAN BM 1 (2014/2015)

PENGALAMAN MANIS DAN PAHIT selama setahun setengah tidak akan dilupakan. Kenangan itu akan terpahat dalam memori sejarah hidupku. Susah dan senang kita tetap bersama. Kita pernah bergaduh, menangis, merajuk dan bergurau bersama-sama. Mana mungkin dapat dilupakan.

Keluarga Pra U BM 1 bersama guru kelas, Cikgu Emie. Oh My Art ! Paling suka kelas Seni sebab dapat hilangkan stres. Hihi. Cuma jurusan BM jer yang ambil Seni. AWESOME !

Apa? Tema warna oren? Bukanlah, time ni hari Isnin. Ada perjumpaan JPAM pada sebelah petang. Memang wajib pakai t-shirt ni. Memang suka bila dapat pakai t-shirt macam ni daripada pakai smart casual. Hihi.  Bila sebut pasal warna oren, teringat pula kelas kitorang berwarna oren. Rindu suasana kelas.


Keluarga Pra U BM 1 tengah bermesyuarat. " TEAM - Together Everyone Achieves More "

Mesti nak tahu kitorang sedang mesyuarat pasal apa. Hah...Time ni kitorang tengah shooting (Behind The Scene) untuk video merdeka sempena Bulan Kemerdekaan. Macam serius dan fokus jer.. Haha. Mestilah. Sebab semua dah tahu peranan masing-masing. Director Indra dah bagitau semua jalan ceritanya. Nak tengok video kitorang tak? Nah, Lez bagi linknya https://www.youtube.com/watch?v=w6fuhY72f6A.




WE ARE FAMILY !! Tak selalu tau dapat bergambar ramai-ramai macam ni.

Slogan kelas kami adalah " Karenah Tidak Menghalang Kejayaan Kami." Nak tau kenapa pilih slogan ni? Sebab kami ni nakal sikit. Banyak betul karenah pelik kitorang yang orang lain tak buat. Haha. Inilah specialnya keluarga Pra U BM1. Tapi, kitorang tak pernah biarkan perangai nakal ni menghalang kejayaan kitorang. Hihi. Biar orang tak nampak apa kami buat. Yang penting, cukuplah ada di antara kami yang meraih keputusan STPM yang gempak. At least kami dapat membuktikan slogan kelas kami.

 " Coming together is a beggining, keeping together is progress, working together is success."    - Henry Ford -

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Isnin, 29 Februari 2016

Renungan Matanya..

WOW..RENUNGAN MATANYA.

" Renunganmu mengintai nurani. Membongkari rahsia diriku. Renunganmu mencipta misteri. Membangkitkan naluri rindu ku ."
 
Sweetkan ayat tu? Haha. Ayat tu Lez petik daripada lirik lagu Lihat Matamu( Titi Kamal ). Nak tanya, contact lens mata korang warna apa? Bukan warna contact lens yang dibeli kat luar tau. Kalau Lez, contact lens mata Lez berwarna coklat muda. Kalau dipancar cahaya, comfirm ada yang cair kalau tenung mata lama-lama. Hehe.

Kawan Lez sendiri pun cair kalau tenung mata Lez lama-lama. Haha. Patutlah bila Lez berbual dengan dia, dia tak pandang lain. Rupanya dia ni suka renung mata Lez. Macam takde kerja jer kan? Haha.

Perasan atau tak, ini pandangan Lez lah..renungan mata seseorang dapat membuat kita teringatkan orang lain? Lebih-lebih lagi kalau seseorang tu bertemu dengan cinta pertama. Renungan cinta pertama katakan.

Kadang-kadang kalau kita renung mata seseorang tu lama-lama, kita akan dapat tau bahawa seseorang tu jujur ke ikhlas ke penipu ke pengkhianat ke dan sekategori dengannyalah.
Kadang-kadang, dengan sekali renungan jer, kita boleh agak dan membongkar semua rahsia. Haha. Magik kan? Nak cuba? Tapi dengan syarat, tak payahlah tenung mata lama-lama macam tak puas hati semata-mata nak tau rahsia mereka. Hihi.

Contoh, kawan kita tengah bersedih tapi dia sembunyikan atau rahsiakan perasaan sedih dia daripada kita. Kadang-kadang, orang yang berada di sekeliling dia pun tak tahu yang dia tengah bersedih. Cuba kalau kita duduk atau lepak dengan dia, then curi-curi tengok renungan mata dia. Mesti kita akan dapat jawapannya dan rahsia pun berada di tangan kita.

Lez pernah cuba sebelum ni, renung mata kawan-kawan Lez. Ada yang tengah stres, gembira n sedih. Kadang-kadang Lez dapat perasan dan agak perasaan kawan-kawan Lez.

Renungan mata dapat mencipta misteri. Siapakah pemilik renungan mata yang mengancam ini? Sudah semestinya milik idola (artis) favourite Lez. Siapa lagi kalau bukan Amyra Rosli dan Janna Nick. Hehe.

p/s : Tahu tak? kadang-kadang renungan mata ni misteri. Bila sekali kita dah renung matanya, mesti kita akan teringat renungan matanya dimana-mana. Misteri kan? 

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Jumaat, 26 Februari 2016

Ilmu Ku Ilmu Mu Juga..

Ilmu Ku..Ilmu Mu Juga..

Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China. Mesti pernah dengarkan ayat tu? Krik3. Pernahlah tu. Nak pesan sikit ni, selagi kita ada peluang, selagi itulah kita perlu merebut peluang untuk menimba ilmu.

Hah..bila dah ada ilmu, jangan kedekut pula untuk berkongsi ilmu. Tak baik tau kedekut ilmu. Biarlah kita berkongsi ilmu. Lagi banyak tau ilmu kita dapat kalau kita dapat gabungkan ilmu yang kita miliki dengan ilmu orang lain. 

Guru adalah insan yang paling berjasa dalam usaha mendidik pelajar. Tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu kepada para pelajar. ( Itu cikgu yang paling saya dikagumi )

Semua orang berhak untuk memiliki ilmu. Ilmu kita tidak akan habis pun kalau dikongsi. Berkongsi ilmu lebih baik daripada disimpan untuk diri sendiri jer.

P/S : SHARING IS CARING. Jangan cemburu dengan kejayaan yang diraihkan oleh orang lain. Kita juga masih mampu untuk mnjadi orang yang berjaya dengan syarat JANGAN KEDEKUT ILMU sepanjang perjalanan kita menimba ilmu.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF. 

Khamis, 25 Februari 2016

Rindu Pengalaman Semasa Zaman Persekolahan?

 RINDU ZAMAN SEKOLAH....

Akan ada 1 hari nanti kita akan merindui semula pengalaman ketika bersekolah tapi ketika itu kita tak boleh undurkan masa. Kita cuma boleh imbas kembali saat itu. Kisah ku bermula daripada SK Pasir Gudang 4, SK Kota Masai kemudian sambung di SMK Kota Masai 2 dan SMK Pasir Gudang 2 ( Form 6 / Pra Universiti ). Korang pula bermula daripada sekolah mana? Sekolah merupakan tempat yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit selama 12 tahun (tak termasuk tadika punya cerita. Kalau termasuk jadinya 15 tahun sebab aku bersekolah tadi dari umur 4 tahun). Di tempat itulah aku mengenali kawan2 baru dan guru2 tercinta. Bila dah habis sekolah ni, terasa rindu nak kembali ke zaman sekolah.


Ni logo sekolah kita dulu. Dari darjah 1 sampailah Tingkatan 6   


Hah, ni lah logo Majlis Perwakilan Pra Universiti ( MPPU ) SMK PG2. TERBAIK KAN?

Biasalah, kalau zaman persekolahan dah tamat...masing-masing rindu pengalaman di sekolah. Kalau dah lebih 5 atau 10 tahun tak berjumpa, barulah buat reunion. Time tu masing-masing dah berkerjaya. Hope berpeluanglah dapat jumpa mereka semua ni nanti.

Apa yang penting sekarang, cita-cita mesti dikejar. Reunion tu belakang punya cerita lepas sambung degree bagai. Macam lirik lagu Memori Berkasih nyanyian Nana & arwah Achik, BIARLAH RINDU DI KEJAUHAN MENEMANI HATI YANG GELISAH. SEMOGA BERTEMU JUA KEBAHAGIAAN.

P/S : Khabar berita paling best kita dengar bila dah tamat sekolah, bila member kelas kita dah bertunang atau berkahwin dulu. Betul tak? Yelah, masa sekolah dulu selalu bersembang n cerita yang paling rancak di ceritakan bila berkumpul ramai-ramai ialah " siapalah antara kita yang tunang or kahwin dulu bila dah habis sekolah..Haha. Jangan lupa hantar kad undangan. Hihi. "

Kita stop disini dulu ye.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Pemegang Kunci Hati...

Siapakah yang layak menjadi pemegang kunci hati?
Dalam diriku ada dirimu. Dalam dirimu ada siapa? Kunci pintu hati ini ada pada korang semua. Tahniah ! Korang semua memang layak menjadi pemegang kunci hati ini. Korang memang berhak duduk dalam halaman hati ini. Tetapi pemegang kunci cinta hati hanya pada orang yang bertuah. Tolong simpan kunci hati ini baik-baik k.
P/s : Hati ini tak boleh ditakhta oleh sesiapapun (kecuali keluarga) selagi kita belum memiliki hubungan yang sah. Tolong jaga hati sendiri supaya tidak mudah di kecewakan.


BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.


Rabu, 24 Februari 2016

APA? Kena Mengulang Kembali Kertas Peperiksaan ( Repeat Paper )

APA ? KENA REPEAT ? BIAR BETUL ?

Apa perasaan korang bila dapat keputusan tapi kena repeat semula sebab keputusan kurang memuaskan. Mesti banyak jenis perasaan yang ditonjolkan bila dapat keputusan. Hah.. jangan sedih.

Jangan anggap orang yang repeat paper ni orang yang kaya sebab mampu repeat banyak paper. Tak semua orang dapat repeat paper. Mereka bukan nak bazirkan duit ibu bapa untuk suka-suka tapi nak perbaiki keputusan mereka. Mungkin mereka terpaksa buang rasa segan n pinjam duit ibu bapa terlebih dahulu untuk sementara untuk membaiki keputusan supaya menjadi lebih baik yang boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke IPT kemudiannya bekerja dan membayar kembali duit pinjaman daripada ibu bapa mereka.


Ni lah kehidupan kami dalam Pra U. Masing-masing busy dengan assigment. Mereka bekerja keras demi masa depan.


Nasihat : ADA USAHA, ADA HASILNYA. So, student yang terpaksa mengulang tu jangan rasa sedih, malu, segan atau menyesal sebab kena mengulang tetapi sebaliknya kena bersyukur sebab kita diberi peluang untuk mengulang walaupun terpaksa mengorbankan masa dan sumber kewangan yang banyak demi masa depan. INGAT, ANDA MASIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANDA MELALUI PAPER YANG ANDA REPEAT. MASA DEPAN BERADA DI TANGAN ANDA.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF. 

Persahabatan??

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
Tanpa persahabatan,cinta akan berakhir..
Tetapi tanpa cinta,persahabatan boleh kekal..
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin kini..

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.


MY FRIENDSHIP ( TAYANG KAKI JER :) )
MASA GRADUASI. KUMPULAN RINDU.

Rindu Seseorang ???

Ni pic masa masih study sem 2  kat Pra Universiti





Pernah tak kita rindu seseorang tapi rindu tu tak terbalas? Mesti pernah dan itu normal. Jangan sedih. Mungkin orang kita rindu tu tak sedar. Biarlah rindu itu berlalu bersama angin rindu yang tak terbalas lain. Percayalah, Akan ada satu hari nanti, angin rindu yang berlalu itu akan dirasai oleh orang yang kita rindu.

Masih rindu seseorang ke? Pergilah contact mereka n bertanya khabar atau apa2 yang boleh buat rasa rindu tu terubat. Memang sedih kalau dipendam. Cer luahkan. Ingat ! Hidup kita ini masih jauh ke depan. Bukan masalah rindu jer nak kita kena fikir. Ada banyak lagi hal yang nak difikirkan untuk masa depan.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Selasa, 23 Februari 2016

Tentang Aku

Aku memang jenis yang suka bergaya simple. Aku cuma menjadi diri aku. Kalau tak suka, jangan kutuk. Dalam hidup ini, kita kena MOVE ON.

Kehidupan kita

Kata orang, hidup kita ni bebas seperti angin. Walaupun angin sentiasa bergerak bebas, kehidupan kita tak selalunya bebas. Akan ada jer halangan. Itulah namanya kehidupan. Walaupun bebas, kita tetap terikat dengan dugaan ataupun ujian hidup. Selamat menempuh ujian kehidupan. Jangan pernah mengalah. Be positive like me.