Jangan Menyerah

Jumaat, 26 Februari 2016

Ilmu Ku Ilmu Mu Juga..

Ilmu Ku..Ilmu Mu Juga..

Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China. Mesti pernah dengarkan ayat tu? Krik3. Pernahlah tu. Nak pesan sikit ni, selagi kita ada peluang, selagi itulah kita perlu merebut peluang untuk menimba ilmu.

Hah..bila dah ada ilmu, jangan kedekut pula untuk berkongsi ilmu. Tak baik tau kedekut ilmu. Biarlah kita berkongsi ilmu. Lagi banyak tau ilmu kita dapat kalau kita dapat gabungkan ilmu yang kita miliki dengan ilmu orang lain. 

Guru adalah insan yang paling berjasa dalam usaha mendidik pelajar. Tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu kepada para pelajar. ( Itu cikgu yang paling saya dikagumi )

Semua orang berhak untuk memiliki ilmu. Ilmu kita tidak akan habis pun kalau dikongsi. Berkongsi ilmu lebih baik daripada disimpan untuk diri sendiri jer.

P/S : SHARING IS CARING. Jangan cemburu dengan kejayaan yang diraihkan oleh orang lain. Kita juga masih mampu untuk mnjadi orang yang berjaya dengan syarat JANGAN KEDEKUT ILMU sepanjang perjalanan kita menimba ilmu.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan