Jangan Menyerah

Khamis, 25 Februari 2016

Rindu Pengalaman Semasa Zaman Persekolahan?

 RINDU ZAMAN SEKOLAH....

Akan ada 1 hari nanti kita akan merindui semula pengalaman ketika bersekolah tapi ketika itu kita tak boleh undurkan masa. Kita cuma boleh imbas kembali saat itu. Kisah ku bermula daripada SK Pasir Gudang 4, SK Kota Masai kemudian sambung di SMK Kota Masai 2 dan SMK Pasir Gudang 2 ( Form 6 / Pra Universiti ). Korang pula bermula daripada sekolah mana? Sekolah merupakan tempat yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit selama 12 tahun (tak termasuk tadika punya cerita. Kalau termasuk jadinya 15 tahun sebab aku bersekolah tadi dari umur 4 tahun). Di tempat itulah aku mengenali kawan2 baru dan guru2 tercinta. Bila dah habis sekolah ni, terasa rindu nak kembali ke zaman sekolah.


Ni logo sekolah kita dulu. Dari darjah 1 sampailah Tingkatan 6   


Hah, ni lah logo Majlis Perwakilan Pra Universiti ( MPPU ) SMK PG2. TERBAIK KAN?

Biasalah, kalau zaman persekolahan dah tamat...masing-masing rindu pengalaman di sekolah. Kalau dah lebih 5 atau 10 tahun tak berjumpa, barulah buat reunion. Time tu masing-masing dah berkerjaya. Hope berpeluanglah dapat jumpa mereka semua ni nanti.

Apa yang penting sekarang, cita-cita mesti dikejar. Reunion tu belakang punya cerita lepas sambung degree bagai. Macam lirik lagu Memori Berkasih nyanyian Nana & arwah Achik, BIARLAH RINDU DI KEJAUHAN MENEMANI HATI YANG GELISAH. SEMOGA BERTEMU JUA KEBAHAGIAAN.

P/S : Khabar berita paling best kita dengar bila dah tamat sekolah, bila member kelas kita dah bertunang atau berkahwin dulu. Betul tak? Yelah, masa sekolah dulu selalu bersembang n cerita yang paling rancak di ceritakan bila berkumpul ramai-ramai ialah " siapalah antara kita yang tunang or kahwin dulu bila dah habis sekolah..Haha. Jangan lupa hantar kad undangan. Hihi. "

Kita stop disini dulu ye.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan