Jangan Menyerah

Isnin, 29 Februari 2016

Renungan Matanya..

WOW..RENUNGAN MATANYA.

" Renunganmu mengintai nurani. Membongkari rahsia diriku. Renunganmu mencipta misteri. Membangkitkan naluri rindu ku ."
 
Sweetkan ayat tu? Haha. Ayat tu Lez petik daripada lirik lagu Lihat Matamu( Titi Kamal ). Nak tanya, contact lens mata korang warna apa? Bukan warna contact lens yang dibeli kat luar tau. Kalau Lez, contact lens mata Lez berwarna coklat muda. Kalau dipancar cahaya, comfirm ada yang cair kalau tenung mata lama-lama. Hehe.

Kawan Lez sendiri pun cair kalau tenung mata Lez lama-lama. Haha. Patutlah bila Lez berbual dengan dia, dia tak pandang lain. Rupanya dia ni suka renung mata Lez. Macam takde kerja jer kan? Haha.

Perasan atau tak, ini pandangan Lez lah..renungan mata seseorang dapat membuat kita teringatkan orang lain? Lebih-lebih lagi kalau seseorang tu bertemu dengan cinta pertama. Renungan cinta pertama katakan.

Kadang-kadang kalau kita renung mata seseorang tu lama-lama, kita akan dapat tau bahawa seseorang tu jujur ke ikhlas ke penipu ke pengkhianat ke dan sekategori dengannyalah.
Kadang-kadang, dengan sekali renungan jer, kita boleh agak dan membongkar semua rahsia. Haha. Magik kan? Nak cuba? Tapi dengan syarat, tak payahlah tenung mata lama-lama macam tak puas hati semata-mata nak tau rahsia mereka. Hihi.

Contoh, kawan kita tengah bersedih tapi dia sembunyikan atau rahsiakan perasaan sedih dia daripada kita. Kadang-kadang, orang yang berada di sekeliling dia pun tak tahu yang dia tengah bersedih. Cuba kalau kita duduk atau lepak dengan dia, then curi-curi tengok renungan mata dia. Mesti kita akan dapat jawapannya dan rahsia pun berada di tangan kita.

Lez pernah cuba sebelum ni, renung mata kawan-kawan Lez. Ada yang tengah stres, gembira n sedih. Kadang-kadang Lez dapat perasan dan agak perasaan kawan-kawan Lez.

Renungan mata dapat mencipta misteri. Siapakah pemilik renungan mata yang mengancam ini? Sudah semestinya milik idola (artis) favourite Lez. Siapa lagi kalau bukan Amyra Rosli dan Janna Nick. Hehe.

p/s : Tahu tak? kadang-kadang renungan mata ni misteri. Bila sekali kita dah renung matanya, mesti kita akan teringat renungan matanya dimana-mana. Misteri kan? 

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan