KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KU ???
Hah, mesti nervous kan bila nak ambil keputusan peperiksaan. Gila tak nervous. Kita semua tekun gila kot masa kita tengah jawab exam. Semua idea atau ilmu yang kita ada kita coretkan atas kertas peperiksaan. Kalau tak tahu nak jawab apa, main bedal jer jawapan. Tapi kadang-kadang, kalau kita bedal pun betul juga. Perasan tak ? Lebih-lebih lagi kalau soalan objektif yang ada kertas OMR. Nak kejar masa punya hal.
Bila dah dapat keputusan, firstly..apa perasaan korang? Gembira? Sedih? Ke tak tau nak gambarkan macam mana perasaan tu bila keputusan berada di tangan kita? Tahniah kalau korang dapat keputusan cemerlang. Tahniah juga kepada korang sebab dah berusaha untuk mendapat keputusan yang bagus. Jap, apa? Keputusan korang tak bagus? Dah..dah..jangan sedih kalau keputusan yang kita dapat tak seperti yang kita target. Meyh sini, Lez nak kongsi 1 nasihat. Semoga bermanfaat.
Bersyukurlah dengan keputusan yang kita perolehi. At least kita dah berusaha. Memang takat itu sahaja yang kita mampu lakukan. Tuhan telah aturkan yang terbaik untuk diri kita dan masa depan kita kerana Dia lebih mengetahui kemampuan diri kita. Kalau itu yang terbaik untuk kita, tolong terima kenyataannya. Jangan berhenti untuk berusaha lagi. Kita masih ada banyak masa dan peluang untuk terus berusaha mengejar cita-cita.
Lez pun baru dapat tahu keputusan keseluruhan STPM 2015 tengah hari tadi. Nak tahu keputusan STPM Lez ? Hurm. Begini ceritanya. Lez bersyukur dengan keputusan STPM yang Lez perolehi. Walaupun Lez ni dulu pernah target untuk dapatkan 3 pointer, tidak lepaslah pula. Hehe. Sikit lagi. Target dapat 4 flat? Memang tak terfikir pun nak dapat 4 pointer sebab Lez tahu kemampuan Lez.
Tapi tak apa. Mungkin bukan rezeki Lez sebab Lez percaya, apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat 100%. Lez hanya memperoleh 2.5 pointer ke atas. So, pandai-pandailah korang agak keputusan STPM Lez. Hihi. Walaupun dapat keputusan macam tu, itu bukan penghalang bagi Lez meneruskan perjalanan untuk mencapai cita-cita. Ok? DON'T GIVE UP. Sampai disini jerlah citer kita.
P/S : korang tak boleh hentikan langkah untuk terus berjaya kerana masa depan korang bergantung pada langkah perjalanan yang korang pilih.
BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan