Jangan Menyerah

Khamis, 25 Ogos 2016

Saja Mengadu


 NAK MENGADU KAT SINI PUN BOLEHLAH DARIPADA TAK ADA.

Hari ini, aku tak online whatapps, facebook, wechat, instagram dan twitter. Bukan apa, Hp rosak daa... Nasib baik ada blog ni untuk aku meluahkan rasa bosan. Aku tak online dimana hari ini result rayuan upu keluar. Baguslah kan? Memang banyaklah notification yang masuk berdesuk nanti. Hang lah hp aku. Nanti kawan2 aku lain ingat aku menghindarkan diri daripada diorang pula sebab tak online. Call pun tak dapat. Memanglah sebab sim kad aku dah keluarkan dari hp. Tapi lagi ok kan kalau tak online sekali sekala. Nanti banyak pula paparazi yang tanya. Opps? Paparazi? Hurm, bukan nak menunjuk. Aku bosanlah bila ada kawan sendiri sibuk dok cari cerita tentang kelemahan dan kelebihan hidup aku yang tak seberapa ni. Kemudian story kat orang lain. Tolong jaga tepi kain sendiri sudahlah. Diorang ni boleh digelar paparazi juga kan? Hehehe. Bukan mudah nak jaga hati orang ni. Kalau kita asyik jaga hati orang, hati kita siapa nak jaga? Akhir kata, aku minta maaf sebab tak online n reply semua chat korang ( kawan2 ). Kalau hp aku dah dibaiki, aku akan kembali merancakkan chat korang.

P/S : ADA AYAT POWER NAK KONGSI? JOM HASHTAG #Alezriclez DEKAT TWITTER. DENGAN IZINNYA, AKU AKAN LIKE DAN RETWEET AYAT POWER KORANG TU. TAKKAN KETINGGALAN PUNYA LAH. SIAPA KAKI RETWEET, JOM RETWEET SAMPAI JARI TU PENAT. BTW, FOLLOW MY TWITTER ( @AWellimina )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan