Jangan Menyerah

Isnin, 29 Februari 2016

Renungan Matanya..

WOW..RENUNGAN MATANYA.

" Renunganmu mengintai nurani. Membongkari rahsia diriku. Renunganmu mencipta misteri. Membangkitkan naluri rindu ku ."
 
Sweetkan ayat tu? Haha. Ayat tu Lez petik daripada lirik lagu Lihat Matamu( Titi Kamal ). Nak tanya, contact lens mata korang warna apa? Bukan warna contact lens yang dibeli kat luar tau. Kalau Lez, contact lens mata Lez berwarna coklat muda. Kalau dipancar cahaya, comfirm ada yang cair kalau tenung mata lama-lama. Hehe.

Kawan Lez sendiri pun cair kalau tenung mata Lez lama-lama. Haha. Patutlah bila Lez berbual dengan dia, dia tak pandang lain. Rupanya dia ni suka renung mata Lez. Macam takde kerja jer kan? Haha.

Perasan atau tak, ini pandangan Lez lah..renungan mata seseorang dapat membuat kita teringatkan orang lain? Lebih-lebih lagi kalau seseorang tu bertemu dengan cinta pertama. Renungan cinta pertama katakan.

Kadang-kadang kalau kita renung mata seseorang tu lama-lama, kita akan dapat tau bahawa seseorang tu jujur ke ikhlas ke penipu ke pengkhianat ke dan sekategori dengannyalah.
Kadang-kadang, dengan sekali renungan jer, kita boleh agak dan membongkar semua rahsia. Haha. Magik kan? Nak cuba? Tapi dengan syarat, tak payahlah tenung mata lama-lama macam tak puas hati semata-mata nak tau rahsia mereka. Hihi.

Contoh, kawan kita tengah bersedih tapi dia sembunyikan atau rahsiakan perasaan sedih dia daripada kita. Kadang-kadang, orang yang berada di sekeliling dia pun tak tahu yang dia tengah bersedih. Cuba kalau kita duduk atau lepak dengan dia, then curi-curi tengok renungan mata dia. Mesti kita akan dapat jawapannya dan rahsia pun berada di tangan kita.

Lez pernah cuba sebelum ni, renung mata kawan-kawan Lez. Ada yang tengah stres, gembira n sedih. Kadang-kadang Lez dapat perasan dan agak perasaan kawan-kawan Lez.

Renungan mata dapat mencipta misteri. Siapakah pemilik renungan mata yang mengancam ini? Sudah semestinya milik idola (artis) favourite Lez. Siapa lagi kalau bukan Amyra Rosli dan Janna Nick. Hehe.

p/s : Tahu tak? kadang-kadang renungan mata ni misteri. Bila sekali kita dah renung matanya, mesti kita akan teringat renungan matanya dimana-mana. Misteri kan? 

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Jumaat, 26 Februari 2016

Ilmu Ku Ilmu Mu Juga..

Ilmu Ku..Ilmu Mu Juga..

Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China. Mesti pernah dengarkan ayat tu? Krik3. Pernahlah tu. Nak pesan sikit ni, selagi kita ada peluang, selagi itulah kita perlu merebut peluang untuk menimba ilmu.

Hah..bila dah ada ilmu, jangan kedekut pula untuk berkongsi ilmu. Tak baik tau kedekut ilmu. Biarlah kita berkongsi ilmu. Lagi banyak tau ilmu kita dapat kalau kita dapat gabungkan ilmu yang kita miliki dengan ilmu orang lain. 

Guru adalah insan yang paling berjasa dalam usaha mendidik pelajar. Tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu kepada para pelajar. ( Itu cikgu yang paling saya dikagumi )

Semua orang berhak untuk memiliki ilmu. Ilmu kita tidak akan habis pun kalau dikongsi. Berkongsi ilmu lebih baik daripada disimpan untuk diri sendiri jer.

P/S : SHARING IS CARING. Jangan cemburu dengan kejayaan yang diraihkan oleh orang lain. Kita juga masih mampu untuk mnjadi orang yang berjaya dengan syarat JANGAN KEDEKUT ILMU sepanjang perjalanan kita menimba ilmu.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF. 

Khamis, 25 Februari 2016

Rindu Pengalaman Semasa Zaman Persekolahan?

 RINDU ZAMAN SEKOLAH....

Akan ada 1 hari nanti kita akan merindui semula pengalaman ketika bersekolah tapi ketika itu kita tak boleh undurkan masa. Kita cuma boleh imbas kembali saat itu. Kisah ku bermula daripada SK Pasir Gudang 4, SK Kota Masai kemudian sambung di SMK Kota Masai 2 dan SMK Pasir Gudang 2 ( Form 6 / Pra Universiti ). Korang pula bermula daripada sekolah mana? Sekolah merupakan tempat yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit selama 12 tahun (tak termasuk tadika punya cerita. Kalau termasuk jadinya 15 tahun sebab aku bersekolah tadi dari umur 4 tahun). Di tempat itulah aku mengenali kawan2 baru dan guru2 tercinta. Bila dah habis sekolah ni, terasa rindu nak kembali ke zaman sekolah.


Ni logo sekolah kita dulu. Dari darjah 1 sampailah Tingkatan 6   


Hah, ni lah logo Majlis Perwakilan Pra Universiti ( MPPU ) SMK PG2. TERBAIK KAN?

Biasalah, kalau zaman persekolahan dah tamat...masing-masing rindu pengalaman di sekolah. Kalau dah lebih 5 atau 10 tahun tak berjumpa, barulah buat reunion. Time tu masing-masing dah berkerjaya. Hope berpeluanglah dapat jumpa mereka semua ni nanti.

Apa yang penting sekarang, cita-cita mesti dikejar. Reunion tu belakang punya cerita lepas sambung degree bagai. Macam lirik lagu Memori Berkasih nyanyian Nana & arwah Achik, BIARLAH RINDU DI KEJAUHAN MENEMANI HATI YANG GELISAH. SEMOGA BERTEMU JUA KEBAHAGIAAN.

P/S : Khabar berita paling best kita dengar bila dah tamat sekolah, bila member kelas kita dah bertunang atau berkahwin dulu. Betul tak? Yelah, masa sekolah dulu selalu bersembang n cerita yang paling rancak di ceritakan bila berkumpul ramai-ramai ialah " siapalah antara kita yang tunang or kahwin dulu bila dah habis sekolah..Haha. Jangan lupa hantar kad undangan. Hihi. "

Kita stop disini dulu ye.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Pemegang Kunci Hati...

Siapakah yang layak menjadi pemegang kunci hati?
Dalam diriku ada dirimu. Dalam dirimu ada siapa? Kunci pintu hati ini ada pada korang semua. Tahniah ! Korang semua memang layak menjadi pemegang kunci hati ini. Korang memang berhak duduk dalam halaman hati ini. Tetapi pemegang kunci cinta hati hanya pada orang yang bertuah. Tolong simpan kunci hati ini baik-baik k.
P/s : Hati ini tak boleh ditakhta oleh sesiapapun (kecuali keluarga) selagi kita belum memiliki hubungan yang sah. Tolong jaga hati sendiri supaya tidak mudah di kecewakan.


BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.


Rabu, 24 Februari 2016

APA? Kena Mengulang Kembali Kertas Peperiksaan ( Repeat Paper )

APA ? KENA REPEAT ? BIAR BETUL ?

Apa perasaan korang bila dapat keputusan tapi kena repeat semula sebab keputusan kurang memuaskan. Mesti banyak jenis perasaan yang ditonjolkan bila dapat keputusan. Hah.. jangan sedih.

Jangan anggap orang yang repeat paper ni orang yang kaya sebab mampu repeat banyak paper. Tak semua orang dapat repeat paper. Mereka bukan nak bazirkan duit ibu bapa untuk suka-suka tapi nak perbaiki keputusan mereka. Mungkin mereka terpaksa buang rasa segan n pinjam duit ibu bapa terlebih dahulu untuk sementara untuk membaiki keputusan supaya menjadi lebih baik yang boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke IPT kemudiannya bekerja dan membayar kembali duit pinjaman daripada ibu bapa mereka.


Ni lah kehidupan kami dalam Pra U. Masing-masing busy dengan assigment. Mereka bekerja keras demi masa depan.


Nasihat : ADA USAHA, ADA HASILNYA. So, student yang terpaksa mengulang tu jangan rasa sedih, malu, segan atau menyesal sebab kena mengulang tetapi sebaliknya kena bersyukur sebab kita diberi peluang untuk mengulang walaupun terpaksa mengorbankan masa dan sumber kewangan yang banyak demi masa depan. INGAT, ANDA MASIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANDA MELALUI PAPER YANG ANDA REPEAT. MASA DEPAN BERADA DI TANGAN ANDA.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF. 

Persahabatan??

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
Tanpa persahabatan,cinta akan berakhir..
Tetapi tanpa cinta,persahabatan boleh kekal..
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin kini..

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.


MY FRIENDSHIP ( TAYANG KAKI JER :) )
MASA GRADUASI. KUMPULAN RINDU.

Rindu Seseorang ???

Ni pic masa masih study sem 2  kat Pra Universiti





Pernah tak kita rindu seseorang tapi rindu tu tak terbalas? Mesti pernah dan itu normal. Jangan sedih. Mungkin orang kita rindu tu tak sedar. Biarlah rindu itu berlalu bersama angin rindu yang tak terbalas lain. Percayalah, Akan ada satu hari nanti, angin rindu yang berlalu itu akan dirasai oleh orang yang kita rindu.

Masih rindu seseorang ke? Pergilah contact mereka n bertanya khabar atau apa2 yang boleh buat rasa rindu tu terubat. Memang sedih kalau dipendam. Cer luahkan. Ingat ! Hidup kita ini masih jauh ke depan. Bukan masalah rindu jer nak kita kena fikir. Ada banyak lagi hal yang nak difikirkan untuk masa depan.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Selasa, 23 Februari 2016

Tentang Aku

Aku memang jenis yang suka bergaya simple. Aku cuma menjadi diri aku. Kalau tak suka, jangan kutuk. Dalam hidup ini, kita kena MOVE ON.

Kehidupan kita

Kata orang, hidup kita ni bebas seperti angin. Walaupun angin sentiasa bergerak bebas, kehidupan kita tak selalunya bebas. Akan ada jer halangan. Itulah namanya kehidupan. Walaupun bebas, kita tetap terikat dengan dugaan ataupun ujian hidup. Selamat menempuh ujian kehidupan. Jangan pernah mengalah. Be positive like me.