Pengalaman ujian MEDSI & Temuduga
Hah? Nak masuk U wajib kena lalui & wajib lulus ujian Medsi & Temuduga ? Eh, mestilah. Kalau nak amik kos pendidikan. Ini pengalaman aku. Aku ni bekas pelajar Pra U 2014/2015. Aku tak dapat pun UPU 2016 untuk Ijazah Sarjana Muda. Tak lepas. Apalagi rayuan UPU. Pesaingan memang sengit. Better aku mengalah sementara.
Putus asa? Aku bukan jenis yang suka berputus asa. Pantang mundur sebelum berjaya. Aku cuba buat rayuan dekat semua U tapi tak dapat sebab semuanya kena melalui UPU. Ketika harapan aku mula pudar, tiba-tiba aku dapat tahu daripada kawan-kawan dan keluarga aku bahawa ada U yang buat second intake ( tak semua U ). Aku tak lepaskan peluang. Aku tunggu tarikh pembelian no pin U yang ada buat second intake diumumkan. Masa tu aku dapat tahu, UiTM & UPSI yang ada buat second intake. U lain tak pasti, korang kena alert betul-betul. Kena selalu check website U korang nak apply.
Bila UiTM & UPSI buat pengumuman tentang tarikh pembelian no pin, aku terus beli no pin kedua-dua U tu. Lepas tu, apalagi ? Isi lah borang secara online. Ingat, 1 U 1 no pin untuk second intake. Aku apply bahagian pendidikan. Lepas isi-isi then hantar, kita tunggulah keputusannya keluar.
TARIKH UJIAN MEDSI (UPSI) DAH KELUAR DAA
Beberapa minggu kemudian, keluar keputusan. Masa tu, keputusan UPSI
keluar dulu. Aku kena lalui ujian Medsi dan lulus ujian Medsi. Lokasi
ujian Medsi aku dekat UTHM. So, pergilah UTHM mengikut tarikh dan masa
yang ditetapkan. Bila sebut jer ujian Medsi, mesti perut dah kecut. Tak pun jantung berdetak laju sampai nak tercabut. Alahai. Relaxlah. Tak ada apa-apa pun. Ujian Medsi ni bukannya ujian macam kat sekolah tu. Untuk ujian Medsi ni memang tak banyak tips yang boleh dikongsikan sebab ujian Medsi ni merupakan satu ujian personaliti untuk menilai kecenderungan diri kita ni sama ada cenderung ke arah bidang yang kita mohon ataupun tak. So, kena pandai-pandailah pilih jawapan. Ada soalan yang cuba mengelirukan kita. Sebelum tiba hari ujian Medsi, kena rajin-rajinkan diri untuk mencari koleksi soalan ujian Medsi. Lepas tu, aku lega ujian Medsi dah lepas tapi keputusan tak keluar lagi masa tu. Muka pun ada senyum.
TAK LAMA KEMUDIAN TARIKH TEMUDUGA UiTM PUN KELUAR
Baru lega ujian Medsi dah lepas, tiba-tiba dapat tahu tarikh temuduga UiTM dah keluar. Yang ni serius, memang terasa nak tercabut jantung aku. So, aku pergilah UiTM Shah Alam bulan 12 2016 mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Untuk pengetahuan korang, inilah temuduga yang pertama kalinya dalam hidup aku. Dalam hati aku, dengan penuh bersemangat mengatakan AKU BERSEDIA UNTUK DI TEMU DAN DI DUGA oleh panel. Ceh, padahal nervous gila. Paling tak boleh belah, no giliran temuduga aku no 3. Bilik no 1. Kau rasa? GILA TAK DUP DAP DUP DAP ?!
Masa aku temuduga, aku bukan seorang diri. Panel UiTM temuduga 4 orang sekaligus. So, rasa takut tu kurang sikit ar. Masa temuduga tu, dia tanya soalan senang. Bersyukur sebab dapat soalan senang. Mungkin sebab kami berempat kumpulan pertama. Panel tu tanya apa yang kita tahu tentang UiTM Shah Alam ni. Walaupun berempat, semua kena ada jawapan sendiri. Empat-empat kena jawab. Lepas tu panel tanya apa maklumat yang kita tahu tentang Bahasa Melayu ( Ni kos yang kami berempat mohon ). Lepas tu, panel ajak speaking. Dia suruh perkenalkan diri dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Okay dah. Itu jer soalannya. Untung juga dapat no giliran no 3. Hahaha. Keluar jer bilik temuduga, kitorang berempat saja buat muka nak bagi calon lain nervous. Hahaha. Padahal hati tengah berbunga sebab dapat soalan temuduga senang. Dah settle temuduga. Apalagi, chaw lah balik.
TAK LAMA KEMUDIAN TARIKH TEMUDUGA UPSI KELUAR PULA
Keputusan temuduga keluar ni penghujung bulan 12 2016. Temuduga UPSI ni awal bulan 1 2017. So, aku pergilah ke negeri Perak mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan untuk temuduga. Yang ni aku memang nervous sangat-sangat. Siap ulangkaji lagi. Aku kena temuduga dalam pukul 2.30 petang. So, aku sampai kat UPSI pukul 12.30 tengah hari. Lepas tu aku tunggu dalam kereta sampai pukul 1.45 petang. Then, aku tunggu dengan calon-calon lain depan bilik-bilik temuduga. Hurm, sekali lagi aku dapat bilik no 1. Aku cari tempat duduk jauh sikit supaya giliran aku lama sikit. Tapi hampeh, nama aku first sekali dipanggil sebab nama aku bermula huruf A. Biasanya aku baca pengalaman orang lain tentang temuduga UPSI ni, diorang kena ditemuduga sorang-sorang dan dikehendaki mengajar di depan panel-panel. Tapi masa aku temuduga ni lain. Kami dipanggil secara berkumpulan. Satu kumpulan tiga orang (nama mengikut huruf). Sepanjang kami ditemuduga, tak berlaku apa-apa konflik. Kami bertiga bekerjasama menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para panel. Soalan-soalan yang diberikan bukannya mudah tau. Mereka cuba memberi soalan yang agak psiko sikit dan mereka ni suka tanya soalan yang agak mencabar diluar jangkaan kita. Kitorang bertiga pun nak tak nak jawab soalan tapi nak buat macam mana. Dah wajib buka mulut untuk bersuara memberi pandangan sendiri tentang soalan yang diajukan. Kalau nak temuduga ni, kena wajib tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kalau panel tu ajak speaking, kena lah speaking. Kalau panel tu tanya soalan dalam Bahasa Inggeris, wajib jawab dalam Bahasa Inggeris. Setelah lebih kurang 15 minit ditemuduga, aku keluar dengan perasaan yang begitu melegakan. Lepas temuduga, aku pun balik lah. Dah settle urusan aku. Aku berharap, aku lepas temuduga UiTM & UPSI ni. Aku tak kisah dapat sambung study dekat mana.
DAPAT KEPUTUSAN TEMUDUGA KEMASUKAN U
Setakat ni, aku dah dapat keputusan temuduga UPSI. Tetapi keputusan temuduga UiTM belum diumumkan.
LULUS UJIAN MEDSI DAN TEMUDUGA UPSI
Yes ! Setelah setahun menanam anggur tetapi tidak berbuah-buah dengan semangat ku yang tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita, akhirnya aku mendapat tawaran menjadi warga UPSI iaitu pelajar baru UPSI. Dengan izinNya, aku bakal melangkahkan kaki ke alam Universiti dengan membawa harapan keluarga dan kawan-kawan pada kemasukkan awal bulan 2 2017.
BAGAIMANA DENGAN KEPUTUSAN TEMUDUGA UiTM ?
Jika rezeki aku di UPSI, aku terpaksa menolak tawaran UiTM jika aku lulus temuduga UiTM. Nak buat macam mana. Keputusan UPSI keluar dulu.
NASIHAT KU UNTUK CALON-CALON YANG BAKAL MENGISI BORANG UPU, MENGISI BORANG SECOND INTAKE, MENGAMBIL UJIAN MEDSI DAN TEMUDUGA
1. Bagi calon yang bakal mengisi UPU, beli pin UPU siap-siap then isi secara online betul-betul. Pastikan butang SAH diklik. Kalau dah isi jangan lupa kemaskini.
2. Bagi calon yang bakal mengisi borang second intake, beli pin U yang korang nak (kalau boleh jangan beli 1 no pin untuk 1 U jer, belilah pin U yang lain sekali. Tak salah isi banyak2 U. Mana tau, korang tak dapat U tu, at least ada U lain korang boleh harapkan). Then, isi secara online betul-betul. Pastikan butang SAH diklik.
3. Bagi calon yang bakal mengambil ujian Medsi, jangan nervous. Relax jer. Tak perlu study apa-apa. Asalkan pandai memilih jawapan. Jangan terlalu menipu soalan dan boleh tertipu oleh soalan.
4. Bagi calon yang bakal menjalani temuduga, jangan nervous. Buat macam biasa. Ingat, jangan tak bersuara . Jawab jer soalan yang bakal diajukan. Fokuskan diri pada soalan. Jawab dengan tenang dan penuh keyakinan. Latih diri untuk berspeaking.
SAMPAI SINI JER
Sampai disini jerlah pengalaman aku memohon kemasukan U (SECOND INTAKE) ditambah dengan nasihat untuk korang. Lenguh tangan menaip karangan kat atas tu. Hihihi. Semoga memberi manfaat kepada korang. Ada masa, aku update cerita/nasihat/tips baru. GOOD LUCK !! AGI IDUP AGI NGELABAN !!