Jangan Menyerah

Isnin, 17 April 2017

RINDU ZAMAN PERSEKOLAHAN !!!



Kalau tak boleh buka, bukalah dalam link ni :https://www.youtube.com/watch?v=w6fuhY72f6A


     Ni cerita zaman Pra Universiti sesi  2014/2015. Masa ni kami masih lagi boleh dikatakan budak mentah atau newbie. Budak semester 1 katakan. Tapi kalau nak tahu, batch kamilah yang banyak buat hal atau boleh dikategorikan sebagai batch yang nakal. 

    Kita berbalik kepada cerita sebenar. Hah.. sudah tengok ke video tu?Ingat lagi masa ni. Masa ni akulah orang yang paling ceria. Maklumlah dah lepas ujian JPJ. Memang kami memberi kerjasama tanpa mengeluh walaupun bilangan kami agak ramai. Kadang-kadang bila bekerjasama ramai-ramai ni susah nak handle. Tapi, syukurlah kami dapat atasi sama-sama. Segala hasil perbincangan kami telah membuahkan hasil seperti yang korang tengok dalam video tu.

   Kenapa buat video ni? Masa tu sekolah mengadakan pertandingan video sempena bulan kemerdekaan. Video yang paling kreatif akan dipilh sebagai pemenang. Pada awalnya, kami tidak menang untuk pertandingan video ni. Tahun kedua iaitu tahun 2015, kami mempertaruhkan semula video ni sempena bulan kemerdekaan. Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk pertaruhan video ni.

    Bagaikan tidak percaya apabila video kelas kami ini diumumkan sebagai pemenang khas. Segala usaha kami memang tidak sia-sia. Walaupun terpaksa menunggu masa yang lama untuk diumumkan sebagai pemenang. Jadi, apa yang boleh saya simpulkan disini, adalah kerjasama memang memainkan peranan penting dalam sesuatu kumpulan. Tanpa kerjasama, semua yang dirancang hanya akan sia-sia. Paling penting dalam hidup ini, jangan mudah menyerah kalah dalam setiap perkara yang diperjuangkan. Mungkin ia tidak mendatangkan hasil kepada kita hari ini tetapi hari-hari yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan