Sebut sahaja manuk pansuh atau ayam pansuh, saya sudah semestinya mula membayangkan kesedapannya. Siapa yang tidak suka ayam pansuh ? Kebiasannya, ayam pansuh ini merupakan makanan tradisonal kegemaran kaum dayak di Sarawak. Ayam pansuh ini tidak hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Sekarang, saya akan kongsikan resepi ayam pansuh.
Ayam Pansuh ( Manuk Pansuh )
Bahan-bahan:
Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam yang telah siap dipotong
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih
I kuntum bunga kantan
I kuntum bunga kantan
Garam dan serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.
Cara-cara untuk memansuhnya:
- Sediakan bara api seperti kita membakar lemang.
- Bersihkan buluh terlebih dahulu.
- Bawang putih dan bawang merah perlu ditumbuk sehingga lumat.
- Pastikan ayam telah dibersihkan.
- Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan dalam satu masa.
- Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa sehingga sebati.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
- Jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. Kemudian, tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
- Seterusnya, bakarlah buluh terseubt di atas bara api lebih kurang setengah jam.
- Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah pun masak.
- Keluarkan ayam pansuh tersebut daripada buluh kemudian hidangkan.
Hah, macam mana? Senang sahaja kan resepi dia. Kalau bosan asyik masak lauk yang sama, cubalah resepi ini. Kesedapannya memang tak boleh terkata. Jadi, selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan