Jangan Menyerah

Isnin, 17 April 2017

Ayam Pansuh ( Resepi Orang Sarawak )

Sebut sahaja manuk pansuh atau ayam pansuh, saya sudah semestinya mula membayangkan kesedapannya. Siapa yang tidak suka ayam pansuh ? Kebiasannya, ayam pansuh ini merupakan makanan tradisonal kegemaran kaum dayak di Sarawak. Ayam pansuh ini tidak hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Sekarang, saya akan kongsikan resepi ayam pansuh.



Ayam Pansuh ( Manuk Pansuh )

Bahan-bahan:
Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam yang telah siap dipotong
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih
I kuntum bunga kantan
Garam dan serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.

Cara-cara untuk memansuhnya:
  1. Sediakan bara api seperti kita membakar lemang.
  2. Bersihkan buluh terlebih dahulu.
  3. Bawang putih dan bawang merah perlu ditumbuk sehingga lumat.
  4. Pastikan ayam telah dibersihkan.
  5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan dalam satu masa.
  6. Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa sehingga sebati.
  7. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
  8. Jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. Kemudian, tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
  9. Seterusnya, bakarlah buluh terseubt di atas bara api lebih kurang setengah jam.
  10. Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah pun masak.
  11. Keluarkan ayam pansuh tersebut daripada buluh kemudian hidangkan.







Hah, macam mana? Senang sahaja kan resepi dia. Kalau bosan asyik masak lauk yang sama, cubalah resepi ini. Kesedapannya memang tak boleh terkata. Jadi, selamat mencuba.

RINDU ZAMAN PERSEKOLAHAN !!!



Kalau tak boleh buka, bukalah dalam link ni :https://www.youtube.com/watch?v=w6fuhY72f6A

Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Dalam banyak-banyak lagu, mesti akan ada satu lagu yang membuat kita kembali bersemangat. Kadang-kadang, lirik lagu itu seperti berkait dengan kehidupan kita. Saya suka lagu dan lirik lagu ini. Dimana setiap kali saya ingin berputus asa, lagu ini saya selalu mendengar lagu ini. Lagu " Jangan Menyerah " ni merupakan lagu kegemaran zaman persekolahan dulu.


Jom dengar lagu ini di link : https://www.youtube.com/watch?v=mTp-OxfkCao



Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Back to Reff 1
Back to Reff 2