Jangan Menyerah

Khamis, 17 Mac 2016

Kisah Kita Versi Tom & Jerry

Seperti yang kita tahu, Tom & Jerry ni suka bergaduh. Kadang-kadang bermusuh..kadang- kadang berkawan. Macam itu juga kisah kita.

Kalau Tom tak ada, Jerry akan cari Tom sebab rindu nak mencari pasal dan kenakan Tom. Kalau Jerry pula tak ada, Tom akan rasa sunyi sepi tanpa Jerry dan Tom akan tunggu Jerry muncul.

Nampak tak? Kita ni sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Saya perlukan awak untuk mewarnai kehidupan saya.

Saya tak nak kita jadi seperti Tom & Jerry yang selalu bergaduh. Tapi saya nak kita jadi seperti Tom & Jerry yang suka bergurau senda.

Cerita kartun Tom & Jerry mengajar kita erti SALING MEMERLUKAN. Bukan SALING BERMUSUHAN.

Kisah Antara Kita

#1

Aku tak puas hati kalau aku belum TUNDUKKAN PLAYBOY ITU. Aku ni bukan jenis orang yang dia boleh jadikan sebagai EKSPERIMEN CINTA sesuka hati dia. Aku tak nak jadikan PLAYBOY ITU SUAMI KU. Faham? BUKAN KERANA AKU TAK CINTA, tapi aku tak nak bila dah MARRIED TAPI BENCI.

#2

Bila saya bersedia nanti, saya janji bahawa ini akan menjadi AKAD KU YANG TERAKHIR. Awak akan jadi milik saya. Saya akan bimbing awak untuk mencorakkan kisah kita SEINDAH TAKDIR CINTA.

#3

HELLO MR. PERFECT. Saya tak kisah kalau nama dia ARIANA ROSE ke DHIA SOFEA. Yang saya tahu, mereka ni dah jadi kisah silam awak. Awak nak tahu tak? PLAN CINTA TAK JADI disebabkan mereka. Saya cuma nak awak tahu KU CINTAKAN KAU SEORANG.

P/S : Dipetik daripada nama drama dan novel. ( BOLD )

Kisah Cinta Kita ( Cerita Pendek )

Ini kisah KAU AKU KITA. Masa tu kita sama-sama TERSUKA TANPA SENGAJA. Tapi, kita pendam sebab malu nak luahkan. Ingat tak mula-mula kita berkenalan? Mula-mula saya ingat, awak ni lembut macam sotong. Saya mula berangan tak nak bakal SUAMI KU ENCIK SOTONG. Awak selalu stalk saya bila saya keluar, saya pun selalu stalk awak dekat luar rumah. Terkejut saya bila ABANG SADO JEMUR KAIN. Rupa-rupanya abang sado itu awak. Bila saya lalu depan rumah awak sambil bawa bunga, awak panggil saya ni CIK BUNGA & ENCIK SOMBONG gelaran saya bagi kat awak sebab awak tak nak tegur walaupun kita ni berjiran sebelah jer. Hati saya berkata "Sekadar hello bisa membuat ku gamam. Dengan senyuman, aku bagai dikayangan" ( lirik lagu #mungkinsaja ). Tapi dalam hati awak pula berkata " Baby i love you. Dalam hatiku. Dapatkah ku luah padamu?" ( lirik lagu #ceritakita ). Akhirnya kita sama-sama beranikan diri untuk berkenalan dari awal dan meluahkan perasaan masing-masing. Then, bermulalah #ceritakita .#mungkinsaja kita ada JODOH.
 
* sekadar hiburan * - Tamat -

P/s : Main petik jer tajuk lagu n nama drama lakonan @aamyrarosli n @jannanick untuk jadikan sebuah kisah. Y(^_^)Y

Rabu, 2 Mac 2016

Fuh! Dah Dapat Pun Keputusan Peperiksaan. (UPSR/PT3/SPM/STAM/STPM)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KU ???

Hah, mesti nervous kan bila nak ambil keputusan peperiksaan. Gila tak nervous. Kita semua tekun gila kot masa kita tengah jawab exam. Semua idea atau ilmu yang kita ada kita coretkan atas kertas peperiksaan. Kalau tak tahu nak jawab apa, main bedal jer jawapan. Tapi kadang-kadang, kalau kita bedal pun betul juga. Perasan tak ? Lebih-lebih lagi kalau soalan objektif yang ada kertas OMR. Nak kejar masa punya hal.

Bila dah dapat keputusan, firstly..apa perasaan korang? Gembira? Sedih? Ke tak tau nak gambarkan macam mana perasaan tu bila keputusan berada di tangan kita? Tahniah kalau korang dapat keputusan cemerlang. Tahniah juga kepada korang sebab dah berusaha untuk mendapat keputusan yang bagus. Jap, apa? Keputusan korang tak bagus? Dah..dah..jangan sedih kalau keputusan yang kita dapat tak seperti yang kita target. Meyh sini, Lez nak kongsi 1 nasihat. Semoga bermanfaat.

Bersyukurlah dengan keputusan yang kita perolehi. At least kita dah berusaha. Memang takat itu sahaja yang kita mampu lakukan. Tuhan telah aturkan yang terbaik untuk diri kita dan masa depan kita kerana Dia lebih mengetahui kemampuan diri kita. Kalau itu yang terbaik untuk kita, tolong terima kenyataannya. Jangan berhenti untuk berusaha lagi. Kita masih ada banyak masa dan peluang untuk terus berusaha mengejar cita-cita.

Lez pun baru dapat tahu keputusan keseluruhan STPM 2015 tengah hari tadi. Nak tahu keputusan STPM Lez ? Hurm. Begini ceritanya. Lez bersyukur dengan keputusan STPM yang Lez perolehi. Walaupun Lez ni dulu pernah target untuk dapatkan 3 pointer, tidak lepaslah pula. Hehe. Sikit lagi. Target dapat 4 flat? Memang tak terfikir pun nak dapat 4 pointer sebab Lez tahu kemampuan Lez.

Tapi tak apa. Mungkin bukan rezeki Lez sebab Lez percaya, apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat 100%. Lez hanya memperoleh 2.5 pointer ke atas. So, pandai-pandailah korang agak keputusan STPM Lez. Hihi. Walaupun dapat keputusan macam tu, itu bukan penghalang bagi Lez meneruskan perjalanan untuk mencapai cita-cita. Ok? DON'T GIVE UP. Sampai disini jerlah citer kita.

P/S :  korang tak boleh hentikan langkah untuk terus berjaya kerana masa depan korang bergantung pada langkah perjalanan yang korang pilih.

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.

Selasa, 1 Mac 2016

Kenangan Pra-U BM1 (2014/2015)

KENANGAN KU BERSAMA KELUARGA PRA-U JURUSAN BM 1 (2014/2015)

PENGALAMAN MANIS DAN PAHIT selama setahun setengah tidak akan dilupakan. Kenangan itu akan terpahat dalam memori sejarah hidupku. Susah dan senang kita tetap bersama. Kita pernah bergaduh, menangis, merajuk dan bergurau bersama-sama. Mana mungkin dapat dilupakan.

Keluarga Pra U BM 1 bersama guru kelas, Cikgu Emie. Oh My Art ! Paling suka kelas Seni sebab dapat hilangkan stres. Hihi. Cuma jurusan BM jer yang ambil Seni. AWESOME !

Apa? Tema warna oren? Bukanlah, time ni hari Isnin. Ada perjumpaan JPAM pada sebelah petang. Memang wajib pakai t-shirt ni. Memang suka bila dapat pakai t-shirt macam ni daripada pakai smart casual. Hihi.  Bila sebut pasal warna oren, teringat pula kelas kitorang berwarna oren. Rindu suasana kelas.


Keluarga Pra U BM 1 tengah bermesyuarat. " TEAM - Together Everyone Achieves More "

Mesti nak tahu kitorang sedang mesyuarat pasal apa. Hah...Time ni kitorang tengah shooting (Behind The Scene) untuk video merdeka sempena Bulan Kemerdekaan. Macam serius dan fokus jer.. Haha. Mestilah. Sebab semua dah tahu peranan masing-masing. Director Indra dah bagitau semua jalan ceritanya. Nak tengok video kitorang tak? Nah, Lez bagi linknya https://www.youtube.com/watch?v=w6fuhY72f6A.




WE ARE FAMILY !! Tak selalu tau dapat bergambar ramai-ramai macam ni.

Slogan kelas kami adalah " Karenah Tidak Menghalang Kejayaan Kami." Nak tau kenapa pilih slogan ni? Sebab kami ni nakal sikit. Banyak betul karenah pelik kitorang yang orang lain tak buat. Haha. Inilah specialnya keluarga Pra U BM1. Tapi, kitorang tak pernah biarkan perangai nakal ni menghalang kejayaan kitorang. Hihi. Biar orang tak nampak apa kami buat. Yang penting, cukuplah ada di antara kami yang meraih keputusan STPM yang gempak. At least kami dapat membuktikan slogan kelas kami.

 " Coming together is a beggining, keeping together is progress, working together is success."    - Henry Ford -

BE POSITIVE LIKE ME. SEMUA TENTANG KITA BIAR POSITIF.